Qin Shi Huang, maharaja China yang pertama.
Pelajar dapat menghuraikan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan.
Institusi pemerintahan beraja di China.
Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 sm PEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA SEMASA RAJA YU. Dinasti Hsia memulakan sistem pemerintahan berdasarkan keturunan (2205-1755 sm)
Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih
Huang Ti (221-220sm) iaitu Dinasti Chin. Dinasti Chin diganti oleh beberapa dinasti seperti Han,Sui,Tang,Mongol,Ming dan Manchu sehingga
1912. Maharaja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat. Maharaja dibantu oleh pembesar di pelbagai peringkat pusat, wilayah dan daerah
Ciri-Ciri Sistem Beraja/Dinasti di China
1. Maharaja
menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social.
Maharaja tinggal di ibu kota Peking
dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.
2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat di pegang oleh Dinasti Manchu.
Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
3. Kedudukan politik sesorang maharaja
adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja
sebagai wakil syurga atau anak syurga.
4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa
maharaja.
5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja
mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja
akan digantikan oleh pemerintah baru.
6. Mandat dari syurga iaitu Kuasa dan kedudukan raja Maharaja dianggap anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah dunia. Mandat dianggap ditarik balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,bencana,perebutan takhta , persengketaan dll
STRUKTUR PENTADBIRAN
Kuasa autonomi diberikan oleh maharaja
kepada pentadbir awam dan di wilayah-wilayah
Setiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas.
Setiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas.
Peranan Maharaja dalam pemerintahan
1. Maharaja bertindak sebagai ketua negara dalam pemerintahan China.
Hal ini menunjukkan bahawa maharaja
memiliki kuasa mutlak. Kuasa mutlak maharaja jelas dalam penggubalan undang-undang kerajaan. Undang-undang yang digubal oleh maharaja
adalah untuk menjaga kestabilan negara dan melicinkan pentadbiran kerajaan. Malahan undang-undang yang digubal oleh maharaja
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sistem politik negara. Hal ini diperkuat dengan anggapan bahawa rakyat tidak berhak untuk mempersoalkan segala bentuk undang-undang yang digubal oleh
maharaja.
2. Dalam bidang kehakiman,
maharaja China bertanggungjawab mengadili setiap kes yang dilaporkan, malahan maharaja
akan menjatuhkan hukuman ke atas setiap pesalah, terutama yang melibatkan kesalahan yang membawa kepada hukuman mati. Dalam masyarakat China, keadilan seorang maharaja
sangat diutamakan kerana mereka percaya bahawa maharaja
merupakan pelindung kepada masyarakat bawahan.
3. Negara China yang sangat luas telah mengundang pemberontakan dan peluasan kuasa oleh bangsa lain, terutama Mongol. Oleh yang demikian,
maharaja mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ketahanan dan pertahanan.
Maharaja merupakan seorang ketua dalam ketenteraan. Walaupun maharaja
tidak terlibat secara langsung di medan perang, tetapi semua keputusan berkaitan dengan peperangan ditentukan oleh maharaja
seperti mengisytiharkan perang dan juga perdamaian. Dalam hal yang lebih penting lagi maharaja
yang berkaliber dan disanjung oleh rakyatnya mestilah bertanggungjawab menjaga dan mampu mengekalkan keamanan serta keselamatan rakyat dan negara China
4. Memandangkan maharaja
dalam masyarakat China dianggap sebagai anak tuhan atau wakil tuhan, seseorang maharaja
akan mengetuai semua upacara keagamaan. Malahan terdapat tempat-tempat suci di dalam istana maharaja
yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain selain maharaja. Terdapat perayaan keagamaan yang dilaksanakan mestilah mendapat perkenan dan dimulai oleh
maharaja.
5. Maharaja menguasai segala hal ehwal ekonomi dan kekayaan negara. Malahan semua tanah pertanian merupakan kepunyaan maharaja
yang diusahakan oleh rakyat jelata. Kegiatan perdagangan mestilah dijalankan dengan kebenaran
maharaja. Hubungan perdagangan dengan negara luar mestilah mendapat restu daripada
maharaja. Oleh yang demikian, ibu kota dijadikan pusat kegiatan ekonomi.
Maharaja juga berusaha untuk memastikan kemakmuran ekonomi rakyat sentiasa terjamin. Hal ini terbukti apabila maharaja
memberi bantuan kepada rakyat yang mengalami masalah bencana alam seperti banjir atau kemarau.
Maharaja akan sentiasa member bantuan berupa makanan dan pakaian kepada mangsa bencana alam. Maharaja juga mempunyai kuasa untuk menentukan segala bentuk dan jumlah cukai yang akan dikenakan kepada rakyatnya.
Maharaja telah melantik para pembesar untuk menjalankan semua kegiatan ekonomi, terutama pemungutan cukai, perdagangan dan sebagainya.
6. Maharaja bertanggungjawab penuh terhadap keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sekiranya seseorang maharaja
gagal memerintah negara, beliau akan digulingkan oleh rakyat. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, seseorang maharaja
gagal dalam pemerintahannya apabila berlaku malapetaka dalam negara seperti banjir, kemarau dan sebagainya. Oleh itu, rakyat jelata berhak menggulingkan pemerintahan kerajaan tersebut
No comments:
Post a Comment