1. Pengertian Bushido
Pengertian
Bushido secara simbiotiknya ialah bushi bermakna ‘tentera’ dan Do bermakna
‘peraturan’. Justeru itu secara keseluruhannya , bushido merupakan satu
peraturan ketenteraan. Menurut Dr. Inazo Nitobe:-
“ Way of the
warrior, a code of honour and social behavior; succeeded the unwritten code of the way of the bow and
the horse”
Dr. Inazo Nitobe ialah seorang pengkaji tentang
hal ehwal kuno dan moden masyarakat Jepun, mentakrifkan bushido sebagai ‘
Bu-shi-do’ iaitu kaedah ‘kehulubalangan’ atau ‘kesatriaan’. Ia merupakan petua kesatriaan bagi orang Jepun dimana setiap hulubalang
dituntut untuk mematuhinya dalam pekerjaan mereka mahupun dalam kehidupan
seharian.
Furukawa Tesshi pula menjelaskan
tentang ‘orthodox bushido’ seperti yang terkandung dalam kitab samurai iaitu
hagakure. Menurutnya:- “ Bushido to wa shinu koto to mitsuketari ( Bushido
consist in dying)” Perkataan shinu kota
bermaksud ‘mati’ ataupun menjadi ‘bebas dari dosa dan kejahatan’. Dengan cara
menghadapi kematian , seseorang itu akan lebih mudah untuk mencapai kebersihan
jiwa. Sebenarnya semangat seumpama inilah yang telah ditanamkan didalam setiap
jiwa samurai dan diwarisi oleh masyarakat Jepun kini.
Francis
J. Horner iaitu seorang sarjana barat mengatakan bahawa “ bushido adalah jiwa
negara Jepun yang begitu unik.”Bushido
adalah satu semangat didalam jiwa setiap individu Jepun yang ditanam secara
tidak lansung melalui proses sosialisasi
masyarakatnya.
Nilai yang wujud dalam bushido
dipraktikkan oleh golongan bangsawan dan samurai pada zaman pertengahan Jepun
telah membentuk sifat kesetiaan, sedia berkorban dan keikhlasan dalam
melaksanakan tanggung jawab. Segala nilai ini telah diwarisi oleh orang Jepun
dari satu generasi kesatu generasi seterusnya dan hanya orang Jepun sahaja
boleh menjiwai nilai dan semangat bushido ini. Sehubungan itu bushido adalah
suatu nilai yang tersembunyi didalam diri orang Jepun sehingga melahirkan satu
bangsa yang unik sifatnya. Jean- Pierre Lehman iaitu seorang penulis barat
tenlah membuat satu kesimpulan tentang sikap orang Jepun iaitu: “ mereka
mempunyai sifat kejantanan yang luar biasa . Sifat ini pula dapat dinilai
melalui intepretasi fizikal.”
3.Sumber Bushido
Bushido
atau kod kesatriaan yang menjadi intipati kepada pembentukan jiwa dan moral
masyarakat jepun adalah bersumberkan kepada gabungan dogma kepercayaan orang
jepun sendiri. Kepercayaan orang Jepun adalah berpusat kepada 3 doktrin yang
utama iaitu Shintoisme, Buddhisme dan Confusianisme. Ketiga-tiga doktrin ini
bersifat saling melengkapi dalam membentuk etika dan sosial (sosial order)
sebagai aset dalam pembentukan budaya dan negara Jepun.
Bushido secara langsung
menggambarkan kaedah hulubalang atau Samurai. ia merupakan kod prinsip moral
yang mana kaum Samurai harus mengikutinya dan ia diwarisi secara lisan dari
pahlawan yang terkenal.6
Perkataan Bushi atau Samurai bermakna orang yang mengabdi atau dipanggil juga
askar upahan.7 Samurai memainkan
peranan di dalam sistem politik, ekonomi dan sosial Jepun hingga pembubaran
zaman Samurai pada tahun 1871.
Bushido adalah
bersumberkan kepada gabungan tiga kepercayaan utama Jepun iaitu Shinto, Buddha
dan Konfucious. Shinto telah melahirkan sifat taat setia kepada kerajaan,
ingatan yang penuh hormat kepada nenek moyang dan juga sikap taat setia kepada
ibu bapa yang diambil daripada doktorin Shinto. Unsur kepercayaan dalam Shinto
menjadikan Bushido kuat dengan pegangan ketaatsetiaan terhadap negara dan cinta
kepada tanah air.
Elemen daripada ajaran
Buddha pula membawa kepada ketenangan dan ketabahan semasa menghadapi bahaya
serta membawa sikap tawar kepada hidup dan kesenangan terhadap mati. Etika
Konfucious merupakan sumber Bushido yang paling prolitik. Pernyataan tentang
lima perhubungan moral iaitu di antara tuan dengan hamba, ayah dengan anak,
suami dengan isteri, abang dengan adik dan di antara kawan-kawan. Ciri-ciri
ajaran ini yang bersifat tenang, ramah dan bijaksana itu amat bersesuaian
dengan golongan Samurai yang membentuk kelas pemerintah.
Oleh itu, elemen-elemen
dari Shinto, Buddha dan Konfucious telah membentuk konsep Bushido yang menjadi
identiti bangsa Jepun hingga sekarang. Melalui Bushido orang-orang Jepun tidak mudah mengaku kalah.
4. Prinsip Bushido
a. Keteguhan Akhlak dan
Keadilan
b. Kegagahan, Semangat berani
dan sedia menanggung derita
c. Kemurahan hati dan kesopanan
No comments:
Post a Comment