Wednesday, November 12, 2014

TAJUK-TAJUK ULANGKAJI 2014sistem\\io

TEMA 1

1, Masyarakat Agraria di Belanda atau China
2. Masyarakat Industri di England atau Jerman

TEMA 2

1.Intitusi pemerintahan di Rusia atau China
2. Sistem beraja di England
3. Kerajaan kesatuan Perancis dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat

TEMA 3

1. Perkembangan ekonomi abad ke 16 hingga abad ke 20
2. Perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal atau Belanda
3. Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke 18
4. Perkembangan sistem pendidikan di Perancis atau Jerman
5. Tokoh ekonomi Adam Smith,

TEMA 4
1. Proses dekolonisasi di China
2. Faktor merenggangkan hubungan China dengan barat
3. kesan perjanjian Versailles ke atas Jerman, Itali dan Turki Uthamaniyah.
4. Penglibatan Amerika Syarikat dalam
PBB

Tuesday, July 30, 2013

TEMA 4 : FAKTOR-FAKTOR YANG MERENGGANGKAN HUBUNGAN CHINA DENGAN BARAT

video

FAKTOR PERDAGANGAN

1. KONSEP PERDAGANGAN YANG BERBEZA DI ANTARA BARAT DAN CHINA
2. PELBAGAI SEKATAN CHINA KE ATAS BARAT
3. CHINA BIMBANG CAMPUR TANGAN BARAT KEATAS POLITIK DALAMAN CHINA
    ANTARA DINASTI CHING DENGAN MING


 FAKTOR CANDU

1.  Syarat perdagangan ketat ke atas pedagang Barat lebih menyebelahi China. 
2.  Keengganan China untuk membeli barangan dari British (kapas dan tekstil) menyebabkan perdagangan satu hala yang hanya merugikan British. 
3. pedagang British hanya dibenarkan menggunakan mata wang emas dan perak untuk berdagang di China.
4.   British membawa masuk candu yang dibeli dengan murah dari India. Candu kemudiannya menjadi barangan paling digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat China termasuk sida-sida, pegawai dan pengawal istana. 
5.  Kemasukan candu mengakibatkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak kerana nilai import candu melebihi nilai eksport teh dan sutera. 
6.  Pada tahun 1838M, Maharaja Tao Kuang mengeluarkan perintah pengharaman penggunaan dan perniagaan candu
7.    Maharaja melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton untuk menghapuskan perdagangan candu.
8.  Pada tahun 1839M, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan arahan larangan kemasukan candu ke China, menyerahkan semua candu kepada kerajaan dan pedagang asing dikehendaki menandatangani surat akuan tidak akan menjalankan perdagangan candu.
9.   Bristish terpaksa menyerahkan lebih 20,000 peti candu dan menuntut ganti rugi tetapi tidak dilayan.
10. British enggan menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. 
11. Tindakan drastik oleh Lin Tsu-hse bagi menghapus perdagangan candu menyebabkan berlaku perang antara China dengan British (Perang Candu 1)
12. British telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan untuk mengisytiharkan perang ke atas China.



Faktor Perundangan 

1. Mengikut prinsip keadilan China, seseorang yang dituduh melakukan  jenayah dianggap bersalah sehingga dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah (guilty until proven innocent)
2.  manakala sistem keadilan Barat menegaskan  prinsip seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan itu dapat dibuktikan (innocent until proven guilty).
3.   Undang-undang Barat berdasarkan konsep ‘tanggungjawab individu’ iaitu hukuman hanya dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di China, ‘doktrin tanggungjawab berkumpulan’ diamalkan. 
4.   Pihak Barat cuba melindungi rakyat mereka menerusi pelbagai keistimewaan seperti hak wilayah berasingan (konsul) yang membolehkan rakyat mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah China. 
5.   Pertentangan dalam konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan antara China dan British menjadi bertambah buruk. 
6.   Orang Barat menganggap undang-undang China bersifat tidak adil dan kejam. 
7.   Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi itu telah dicekik sampai mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China.
8.  Pada 1839, kelasi-kelasi British yang mabuk telah membunuh seorang Cina bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepadanya tetapi pihak British enggan. Situasi ini menyebabkan hubungan antara British dengan China menjadi semakin tegang



Faktor Agama Kristian Perasaan anti orang asing 

1.   meningkat kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman iaitu di luar dari Canton (kawasan perdagangan yang dibenarkan kepada orang asing). 
2.  Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi masyarakat China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Toisme.
3. Seorang mubaligh Perancis dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan menghasut pemberontak menentang kerajaan China. Pembunuhan mubaligh ini melanggar hak-hak wilayah asingan yang diberikan kepada negara Perancis. 
4.  Selain membina gereja baru, mubaligh Kristian dikatakan melindungi orang China yan menganut Kristian. 
5.   Kemuncak kepada isu agama ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan gereja dibakar, paderi, rahib dan pegawai Barat dibunuh.



Faktor Kawasan Petempatan Orang Asing. 

1.    Imperialisme di China dapat dilhat melalui kemunculan kawasan-kawasan petempatan orang asing di beberapa pelabuhan di China. 
2.   Petempatan ini mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintah China. Penduduk di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada kerajaan China.
3.   Di kawasan pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran sendiri, undang-undang sendiri, mahkamah, polis dan lain-lain. 
4.  Terdapat dua bentuk petempatan iaitu petempatan konsesi (satu negara Barat) dan petempatan antarabangsa (beberapa negara Barat).
5.   Petempatan ini menimbulkan pelbagai masalah dalam hubungan antara kerajaan China dan kuasa Barat.



  Faktor Teknologi Barat

1.  Pengenalan teknologi Barat di China telah menyebabkan pengangguran kalangan rakyat China meningkat. 
2.    Pengenalan teknik baru dalam bidang perlombongan mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.
3.   Sarjana China percaya mereka tidak akan maju jika belajar dari Barat kerana pihak Barat tidak ikhlas mengajar. 
4.   Mereka juga percaya bahawa pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan dalam jangka masa pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, kuasa Barat akan memeras secara perlahan-lahan ekonomi orang China.



Faktor Sistem Hubungan Antarabangsa Yang Bertentangan

1.   Kerajaan China menganggap negara mereka  sebagai Middle Kingdom (Chung Kao/Pusat Tamadun Dunia). 
2.   Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat.
3.  China menganggap orang Barat sebagai orang gasar (Fan Len) dan hantu asing (Fan Kwae). 
4.  Justeru, China enggan menjalinkan hubungan diplomatik kerana tidak sama taraf. Dengan itu, setiap utusan luar dimestikan kow tow (berlutut) di hadapan maharaja bagi menunjukkan tingginya taraf maharaja China. 
5.  Percubaan British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartey (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatik dan syarat-syarat perdagangan yang adil menemui kegagalan.
6.  Keenggan China mengadakan hubungan diplomatik dengan British atas dasar sama taraf telah memaksa British menggunakan kekerasan.



Monday, July 29, 2013

TUGASAN KERJA TERANCANG UNTUK CUTI RAYA DAN PENGGAL KEDUA

TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN.



ARAHAN : 

1. JAWAB SEMUA SOALAN.
2. MENGIKUT FORMAT ESEI.
3. TULIS TANGAN
4. MASA 45 MINIT SETIAP SOALAN
5. HANTAR PADA 19.8.2013 , PUKUL 7.35 PAGI DI BILIK SAYA.
6. SETIAP SOALAN, MARKAH AKAN DICATATKAN PADA REKOD KERJA PELAJAR.
7. TUGASAN HENDAKLAH DIMASUKAN DALAM " POCKET FAIL" MASING-MASING
    BERSERTA NAMA DAN KELAS.
8. NYATAKAN SUMBER RUJUKAN YANG DIGUNAKAN


SOALAN

1. Jelaskan  sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh China pada abad ke-16M? ( 20 MARKAH )
2. Bincangkan sistem ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke-16M – 18M. ( 20 MARKAH )
3. Huraikan  sistem ekonomi feudalisme di Perancis pada abad ke-16M – 18M.  ( 20 MARKAH )
4. Bincangkan sistem ekonomi kapitalisme di England pada abad ke 18 - 19M.    ( 20 MARKAH )
5. Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan pemikiran ekonomi di Eropah. (20 MARKAH )


FORMAT ESEI

1. PENGENALAN
2. ISI
3. PENUTUP

PEMARKAHAN SECARA RUBRIK ( P,T DAN K )

1. PENGETAHUAN 1.       SUBJEK - PENGETAHUAN ( 8 MARKAH )
 ISI
 1.1   FAKTA
1.2   HURAIAN
1.3   CONTOH
1.4   BUKTI SOKONGAN/PENDAPAT
( 4 ISI x 2 M ) P  

2. TAKULAN    1.       TUGASAN- TAAKULAN ( 6 MARKAH )
1.1   MEMENUHI TUGASAN SOALAN/1.2   KESIMPULAN. 
1.3   FAKTA/ISI/PERKEMBANGAN IDEA.
1.4   NILAI/PENGAJARAN/PENEGASAN.
1.5   BUKTI/RELEVEN/SESUAI
(3/4 ITEM x 2M ) T

3. KOMUNIKASI1.       HASIL-KOMUNIKASI ( 6 MARKAH )
1.1 BINAAN ESEI ( PENGENALAN , ISI DAN PENUTUP ).
1.2   PENYAMPAIAN ISI. 
1.3   GAYA/BAHASA/TATABAHASA/WACANA/EJAAN 
TEKNIKAL  K ( 3 X 2M )



Tuesday, July 16, 2013



Huraikan pemerintahan kerajaan / negara persekutuan di Amerika Syarikat abad ke 18 -19M.

Apakah maksud persekutuan
1.    Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud ________________________. Persekutuan merupakan ________________________________- di bawah satu perlembagaan pusat.
2.    Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu ________________________________________ yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.
3.     Walaupun berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk ____________________________________ berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.
4.    Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada__________________yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi____________ negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.

Huraikan perkembangan sejarah Amerika Syarikat
1.          Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang ______________berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti ________________, Portugis, Perancis, ____________dan _____________.

2.          ___________________merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh ________________________(1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi _________________dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk _________________.

3.          Pada tahun 1607, Kapt. _________________membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki ____________________ di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan _______________________kepada mereka dan masalah  agama terutama daripada _____________________.

4.          Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di ____________________ dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam _____________. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟_________________________” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan.

5.          Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di __________________ (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), ___________________ (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), ________________ (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), _______________ (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).

6.          Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus______________ (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian ______________. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.
7.          Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan ____________bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, __________dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan ‟________________________________” dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta ___________.

8.          Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang________________ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan ______________telah ditutup pada tahun 1774.

9.          Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan ________________mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di ________________ dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). _______________telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun__________.

10.      Pertempuran telah berlaku di _____________________ pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh ___________________. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

11.      Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di _____________(1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian ___________ iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.

Huraikan  Penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat?
1.          Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka ___________________ seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.
2.          Di bawah perlembagaan ini :
a.       ________________________________.
b.      Kerajaan pusat mengusai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan ________________.
c.       Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
d.      Pentadbiran kerajaan akan dibahagikan kepada eksekutif, _____________ dan kehakiman.
3.          Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada __________________dan George Washington telah dilantik menjadi _________ Amerika Syarikat yang pertama.
4.          George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh ________________________, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan _________________________ dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari ______________ ke Washington
5.          Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan _______________rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800.
6.          Pada tahun 1812, ____________________________ telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan ___________________ dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.
7.          Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟________________” yang menekankan konsep‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk _____________________________________________ terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.
8.          Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada_______buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, _________________dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.
9.          Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya ___________________ pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah ____________________ tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.
10.      Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di _______________ dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, ______________________ telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.
11.      Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan _________________ dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.
12.      Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.



      


1. Huraikan pemerintahan kerajaan kesatuan di Perancis pada abad ke 18-19M?

1.1 apakah maksud kesatuan?
1.2 Jelaskan Bentuk Negara kesatuan Perancis pada ababd ke 18-19M?
1.3 Nyatakan ciri-ciri Negara Kesatuan Perancis pada abad ke 18-19M?
1.4 Apakah kelebihan dan kelemahan Negara kesatuan Perancis pada abad ke 18-19m?
1.5 Mengapakah Negara kesatuan sesuai dilaksanakan di Perancis
1.6 Nyatakan kesan Revolusi Perancis pada 14 Julai 1789 dan perubahan yang berlaku di Perancis pada ababd ke 18-19M?
                          Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 _____________ (kawasan/wilayah) dan setiap kawasan dibahagi pula kepada _____________daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada _______________

                          Pentadbiran department (wilayah) akan diketuai oleh ___________________yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada _______________________ dan berperanan untuk ______________________ di kawasan tempatan.

                          Di setiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu __________________ Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat _____________. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan ______________________ dengan kerajaan pusat.

                          Commune pula berperanan untuk _________________________________ yang diketuai oleh ________________________ (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh ____________________ (Municipal Council).


Thursday, July 11, 2013


Perkembangan Pemerintahan Raja Berpelembagaan di England


•    Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas Abad ke 16.
•   Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.
Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
 Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. 
Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
 Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan  dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. 
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut. 
Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja. 
Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.
kesimpulanya
Kemenangan Parlimen dalam Revolusi Inggeris pada 1688 merupakan kemenangan demokrasi golongan kaya.
Secara keseluruhannya, konflik pemerintahan beraja di england berkisar kepada dua isu, iaitu pemerintahan raja yang membelakangkan parlimen dan isu keagamaan. 

Wednesday, July 10, 2013

TAJUK : HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM BERAJA BERKUASA MUTLAK HINGGA KEPADA PENGENALAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND PADA ABAD KE 16-18? ( 20 MARKAH )

TAJUK TUTORIAL 11/JULAI / 2013

1.1 Jelaskan Kuasa Raja di England semasa dinasti Tudor (1558-1603) dan Dinasti Stuart ( 1603-1625 )
      ( 5 markah )
1.2 Apakah negara politik dan bagaimanakah ianya berfungsi di England pada abad ke 16?) ( 8 markah )
1.3 Jelaskan ciri-ciri mahkamah di England dan kepentingannya pada abad ke 16? ( 8 markah )
1.4 Bincangkan bentuk dan kepentingan Parlimen di England semasa pemerintahan Raja James I ( 1603-             1625) dan Raja Charles I ( 1625-1648 ) ( 20 markah )