Tuesday, July 30, 2013

TEMA 4 : FAKTOR-FAKTOR YANG MERENGGANGKAN HUBUNGAN CHINA DENGAN BARAT


FAKTOR PERDAGANGAN

1. KONSEP PERDAGANGAN YANG BERBEZA DI ANTARA BARAT DAN CHINA
2. PELBAGAI SEKATAN CHINA KE ATAS BARAT
3. CHINA BIMBANG CAMPUR TANGAN BARAT KEATAS POLITIK DALAMAN CHINA
    ANTARA DINASTI CHING DENGAN MING


 FAKTOR CANDU

1.  Syarat perdagangan ketat ke atas pedagang Barat lebih menyebelahi China. 
2.  Keengganan China untuk membeli barangan dari British (kapas dan tekstil) menyebabkan perdagangan satu hala yang hanya merugikan British. 
3. pedagang British hanya dibenarkan menggunakan mata wang emas dan perak untuk berdagang di China.
4.   British membawa masuk candu yang dibeli dengan murah dari India. Candu kemudiannya menjadi barangan paling digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat China termasuk sida-sida, pegawai dan pengawal istana. 
5.  Kemasukan candu mengakibatkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak kerana nilai import candu melebihi nilai eksport teh dan sutera. 
6.  Pada tahun 1838M, Maharaja Tao Kuang mengeluarkan perintah pengharaman penggunaan dan perniagaan candu
7.    Maharaja melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton untuk menghapuskan perdagangan candu.
8.  Pada tahun 1839M, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan arahan larangan kemasukan candu ke China, menyerahkan semua candu kepada kerajaan dan pedagang asing dikehendaki menandatangani surat akuan tidak akan menjalankan perdagangan candu.
9.   Bristish terpaksa menyerahkan lebih 20,000 peti candu dan menuntut ganti rugi tetapi tidak dilayan.
10. British enggan menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China. 
11. Tindakan drastik oleh Lin Tsu-hse bagi menghapus perdagangan candu menyebabkan berlaku perang antara China dengan British (Perang Candu 1)
12. British telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan untuk mengisytiharkan perang ke atas China.



Faktor Perundangan 

1. Mengikut prinsip keadilan China, seseorang yang dituduh melakukan  jenayah dianggap bersalah sehingga dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah (guilty until proven innocent)
2.  manakala sistem keadilan Barat menegaskan  prinsip seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan itu dapat dibuktikan (innocent until proven guilty).
3.   Undang-undang Barat berdasarkan konsep ‘tanggungjawab individu’ iaitu hukuman hanya dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di China, ‘doktrin tanggungjawab berkumpulan’ diamalkan. 
4.   Pihak Barat cuba melindungi rakyat mereka menerusi pelbagai keistimewaan seperti hak wilayah berasingan (konsul) yang membolehkan rakyat mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah China. 
5.   Pertentangan dalam konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan antara China dan British menjadi bertambah buruk. 
6.   Orang Barat menganggap undang-undang China bersifat tidak adil dan kejam. 
7.   Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi itu telah dicekik sampai mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China.
8.  Pada 1839, kelasi-kelasi British yang mabuk telah membunuh seorang Cina bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepadanya tetapi pihak British enggan. Situasi ini menyebabkan hubungan antara British dengan China menjadi semakin tegang



Faktor Agama Kristian Perasaan anti orang asing 

1.   meningkat kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman iaitu di luar dari Canton (kawasan perdagangan yang dibenarkan kepada orang asing). 
2.  Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi masyarakat China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Toisme.
3. Seorang mubaligh Perancis dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan menghasut pemberontak menentang kerajaan China. Pembunuhan mubaligh ini melanggar hak-hak wilayah asingan yang diberikan kepada negara Perancis. 
4.  Selain membina gereja baru, mubaligh Kristian dikatakan melindungi orang China yan menganut Kristian. 
5.   Kemuncak kepada isu agama ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan gereja dibakar, paderi, rahib dan pegawai Barat dibunuh.



Faktor Kawasan Petempatan Orang Asing. 

1.    Imperialisme di China dapat dilhat melalui kemunculan kawasan-kawasan petempatan orang asing di beberapa pelabuhan di China. 
2.   Petempatan ini mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintah China. Penduduk di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada kerajaan China.
3.   Di kawasan pajakan ini, orang asing membentuk majlis perbandaran sendiri, undang-undang sendiri, mahkamah, polis dan lain-lain. 
4.  Terdapat dua bentuk petempatan iaitu petempatan konsesi (satu negara Barat) dan petempatan antarabangsa (beberapa negara Barat).
5.   Petempatan ini menimbulkan pelbagai masalah dalam hubungan antara kerajaan China dan kuasa Barat.



  Faktor Teknologi Barat

1.  Pengenalan teknologi Barat di China telah menyebabkan pengangguran kalangan rakyat China meningkat. 
2.    Pengenalan teknik baru dalam bidang perlombongan mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.
3.   Sarjana China percaya mereka tidak akan maju jika belajar dari Barat kerana pihak Barat tidak ikhlas mengajar. 
4.   Mereka juga percaya bahawa pengenalan teknologi Barat hanya membawa keuntungan dalam jangka masa pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, kuasa Barat akan memeras secara perlahan-lahan ekonomi orang China.



Faktor Sistem Hubungan Antarabangsa Yang Bertentangan

1.   Kerajaan China menganggap negara mereka  sebagai Middle Kingdom (Chung Kao/Pusat Tamadun Dunia). 
2.   Maharaja China menganggap dirinya sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat.
3.  China menganggap orang Barat sebagai orang gasar (Fan Len) dan hantu asing (Fan Kwae). 
4.  Justeru, China enggan menjalinkan hubungan diplomatik kerana tidak sama taraf. Dengan itu, setiap utusan luar dimestikan kow tow (berlutut) di hadapan maharaja bagi menunjukkan tingginya taraf maharaja China. 
5.  Percubaan British menghantar utusan yang diketuai oleh George Macartey (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatik dan syarat-syarat perdagangan yang adil menemui kegagalan.
6.  Keenggan China mengadakan hubungan diplomatik dengan British atas dasar sama taraf telah memaksa British menggunakan kekerasan.



No comments:

Post a Comment