Thursday, July 11, 2013


Perkembangan Pemerintahan Raja Berpelembagaan di England


•    Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas Abad ke 16.
•   Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.
Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
 Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. 
Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
 Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan  dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang. 
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut. 
Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang. Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja. 
Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.
kesimpulanya
Kemenangan Parlimen dalam Revolusi Inggeris pada 1688 merupakan kemenangan demokrasi golongan kaya.
Secara keseluruhannya, konflik pemerintahan beraja di england berkisar kepada dua isu, iaitu pemerintahan raja yang membelakangkan parlimen dan isu keagamaan. 

No comments:

Post a Comment