Tuesday, July 16, 2013



Huraikan pemerintahan kerajaan / negara persekutuan di Amerika Syarikat abad ke 18 -19M.

Apakah maksud persekutuan
1.    Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud ________________________. Persekutuan merupakan ________________________________- di bawah satu perlembagaan pusat.
2.    Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu ________________________________________ yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.
3.     Walaupun berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk ____________________________________ berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.
4.    Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada__________________yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi____________ negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.

Huraikan perkembangan sejarah Amerika Syarikat
1.          Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang ______________berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti ________________, Portugis, Perancis, ____________dan _____________.

2.          ___________________merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh ________________________(1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi _________________dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk _________________.

3.          Pada tahun 1607, Kapt. _________________membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki ____________________ di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan _______________________kepada mereka dan masalah  agama terutama daripada _____________________.

4.          Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di ____________________ dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam _____________. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan ‟_________________________” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan.

5.          Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di __________________ (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), ___________________ (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), ________________ (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), _______________ (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).

6.          Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus______________ (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian ______________. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.
7.          Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan ____________bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, __________dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan ‟________________________________” dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta ___________.

8.          Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang________________ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan ______________telah ditutup pada tahun 1774.

9.          Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan ________________mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di ________________ dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). _______________telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun__________.

10.      Pertempuran telah berlaku di _____________________ pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh ___________________. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

11.      Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di _____________(1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian ___________ iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.

Huraikan  Penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat?
1.          Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka ___________________ seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.
2.          Di bawah perlembagaan ini :
a.       ________________________________.
b.      Kerajaan pusat mengusai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan ________________.
c.       Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.
d.      Pentadbiran kerajaan akan dibahagikan kepada eksekutif, _____________ dan kehakiman.
3.          Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada __________________dan George Washington telah dilantik menjadi _________ Amerika Syarikat yang pertama.
4.          George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh ________________________, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan _________________________ dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari ______________ ke Washington
5.          Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan _______________rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800.
6.          Pada tahun 1812, ____________________________ telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan ___________________ dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.
7.          Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟________________” yang menekankan konsep‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk _____________________________________________ terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.
8.          Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada_______buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, _________________dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.
9.          Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya ___________________ pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah ____________________ tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.
10.      Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di _______________ dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, ______________________ telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.
11.      Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan _________________ dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.
12.      Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.


No comments:

Post a Comment