FAKTOR PERDAGANGAN
1. KONSEP PERDAGANGAN YANG BERBEZA DI ANTARA BARAT DAN CHINA
2. PELBAGAI SEKATAN CHINA KE ATAS BARAT
3. CHINA BIMBANG CAMPUR TANGAN BARAT KEATAS POLITIK DALAMAN CHINA
ANTARA DINASTI CHING DENGAN MING
FAKTOR CANDU
1. Syarat perdagangan ketat ke atas pedagang Barat
lebih menyebelahi China.
2. Keengganan China untuk membeli barangan dari British (kapas dan tekstil)
menyebabkan perdagangan satu
hala yang hanya merugikan British.
3. pedagang British hanya dibenarkan menggunakan mata wang emas dan perak untuk
berdagang di China.
4. British membawa masuk candu yang dibeli
dengan murah dari India. Candu kemudiannya menjadi barangan paling digemari
oleh pelbagai lapisan masyarakat China termasuk sida-sida, pegawai dan pengawal istana.
5. Kemasukan candu
mengakibatkan pengaliran keluar wang
perak China dengan banyak kerana nilai
import candu melebihi nilai eksport teh dan sutera.
6. Pada tahun 1838M, Maharaja Tao Kuang mengeluarkan perintah pengharaman penggunaan dan perniagaan candu.
7. Maharaja melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton untuk menghapuskan perdagangan
candu.
8. Pada tahun 1839M, Lin Tsu-hse telah mengeluarkan arahan larangan kemasukan
candu ke China, menyerahkan semua
candu kepada kerajaan dan pedagang asing dikehendaki menandatangani surat akuan tidak akan menjalankan
perdagangan candu.
9. Bristish terpaksa
menyerahkan lebih 20,000 peti candu dan menuntut ganti rugi tetapi tidak
dilayan.
10. British enggan
menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk candu ke China.
11. Tindakan
drastik oleh Lin Tsu-hse bagi menghapus perdagangan candu menyebabkan berlaku perang
antara China dengan British (Perang
Candu 1).
12. British telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan untuk
mengisytiharkan perang ke atas China.
Faktor Perundangan
1. Mengikut prinsip keadilan China, seseorang yang
dituduh melakukan jenayah dianggap
bersalah sehingga dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah (guilty until proven innocent)
2. manakala
sistem keadilan Barat menegaskan prinsip
seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah
kesalahan itu dapat dibuktikan (innocent
until proven guilty).
3. Undang-undang Barat berdasarkan konsep ‘tanggungjawab individu’ iaitu hukuman
hanya dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di
China, ‘doktrin tanggungjawab
berkumpulan’ diamalkan.
4. Pihak Barat cuba melindungi rakyat mereka menerusi pelbagai keistimewaan seperti hak
wilayah berasingan (konsul) yang membolehkan rakyat mereka tidak dibicarakan
oleh mahkamah China.
5. Pertentangan dalam konsep undang-undang China dan Barat menyebabkan hubungan antara China
dan British menjadi bertambah buruk.
6. Orang Barat menganggap undang-undang China
bersifat tidak adil dan kejam.
7. Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah melepaskan tembakan
hormat apabila sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi
itu telah dicekik sampai mati tanpa
sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China.
8. Pada 1839,
kelasi-kelasi British yang mabuk telah
membunuh seorang Cina bernama Lin Wei-hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah
tersebut diserahkan kepadanya tetapi pihak British enggan. Situasi ini
menyebabkan hubungan antara British dengan China menjadi semakin tegang
Faktor Agama Kristian Perasaan anti orang asing
1. meningkat kerana kegiatan mubaligh
Kristian di kawasan pedalaman iaitu di luar dari Canton (kawasan
perdagangan yang dibenarkan kepada orang asing).
2. Perkembangan ini mengancam
kebudayaan dan tradisi masyarakat China yang berpegang kepada kepercayaan nenek
moyang, ajaran Confucius dan Toisme.
3. Seorang mubaligh Perancis dihukum bunuh kerana
didapati bersubahat dengan menghasut pemberontak menentang kerajaan China. Pembunuhan
mubaligh ini melanggar hak-hak wilayah
asingan yang diberikan kepada negara Perancis.
4. Selain membina gereja baru,
mubaligh Kristian dikatakan melindungi orang China yan menganut Kristian.
5. Kemuncak kepada isu agama ialah pembunuhan
di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan gereja dibakar, paderi, rahib
dan pegawai Barat dibunuh.
Faktor Kawasan Petempatan Orang Asing.
1. Imperialisme di China dapat dilhat melalui
kemunculan kawasan-kawasan petempatan
orang asing di beberapa pelabuhan di China.
2. Petempatan ini mempunyai sistem
pentadbiran tersendiri dan tidak
dikawal oleh pemerintah China. Penduduk di kawasan ini hanya perlu membayar pajakan kepada kerajaan China.
3. Di kawasan pajakan ini, orang asing membentuk
majlis perbandaran sendiri, undang-undang sendiri, mahkamah, polis dan
lain-lain.
4. Terdapat dua bentuk petempatan iaitu petempatan konsesi (satu negara Barat) dan petempatan antarabangsa (beberapa negara Barat).
5. Petempatan ini
menimbulkan pelbagai masalah dalam
hubungan antara kerajaan China dan kuasa Barat.
Faktor Teknologi Barat
1. Pengenalan teknologi Barat di China telah
menyebabkan pengangguran kalangan
rakyat China meningkat.
2. Pengenalan teknik baru dalam bidang perlombongan mempercepatkan penggunaan
sumber alam yang jumlahnya terhad.
3. Sarjana China percaya mereka tidak akan maju jika belajar dari Barat kerana pihak Barat tidak
ikhlas mengajar.
4. Mereka juga percaya bahawa pengenalan teknologi Barat hanya
membawa keuntungan dalam jangka masa
pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, kuasa Barat akan memeras secara perlahan-lahan ekonomi orang China.
Faktor Sistem Hubungan Antarabangsa Yang
Bertentangan
1. Kerajaan China menganggap negara mereka sebagai Middle
Kingdom (Chung Kao/Pusat Tamadun Dunia).
2. Maharaja China menganggap dirinya
sebagai anak syurga dan pemerintah sejagat.
3. China menganggap orang Barat
sebagai orang gasar (Fan Len) dan
hantu asing (Fan Kwae).
4. Justeru, China enggan menjalinkan hubungan diplomatik kerana tidak sama taraf. Dengan itu, setiap
utusan luar dimestikan kow tow (berlutut)
di hadapan maharaja bagi menunjukkan tingginya taraf maharaja China.
5. Percubaan British menghantar utusan yang diketuai
oleh George Macartey (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatik dan syarat-syarat
perdagangan yang adil menemui kegagalan.
6. Keenggan China mengadakan hubungan
diplomatik dengan British atas dasar
sama taraf telah memaksa British menggunakan kekerasan.