Monday, August 13, 2012

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA


CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
1. kerajaan pusat yang kuat dan teratur
2.  sempadan yang tertentu
3.  penduduk yang terikat bersama oleh keturunan, bahasa, sejarah atau kebudayaan tersendiri.
4.  penduduk yang taat setia kepada pemerintah mereka.
5. Contoh England, Perancis, Portugal dan Sepanyol.
 
 LATAR BELAKANG 
1.Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.  
2.Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya.  
3. Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak 
4. Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. 
5. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada  di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros. 
6. Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I. 
7. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara.   
8. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. 
9.Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen. 
10.  Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat.  
 11. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan
 

No comments:

Post a Comment