Monday, June 25, 2012

MASYARAKAT AGRARIA

KULIAH 2 MASYARAKAT AGRARIA

1. Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang.
 2. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi kayu, keledek dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
3.  Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal.

4. Penempatan mereka terletak di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik.
5. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap.
6. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.Masyarakat agraria
AKTIVITI 1 : Berdasarkan maklumat di bawah ,  adakah kegiatan ekonomi agraria seperti di atas mempunyai persamaan dengan aktiviti agraria yang dijalankan di Belanda dan China?


' kegiatan-kegiatan masyarakat agraria seperti menanam padi di sawah di lembah sungai, menanam padi huma di kawasan lereng bukit, menanam tanaman sampingan
seperti jagung,pisang,keledek,sayur-sayuran , menghasilkan beberapa jenis rempah
cengkih,lada hitam,mencari sarang burung tujuan perdagangan, menangkap ikan
di sawah,paya,sungai, menternak binatang seperti lembu,kerbau,kambing,ayam
-mencari kulit kura-kura, mengumpul hasi hutan seperti kayu gaharu,kapur barus,tanduk,gading"

Aktiviti 2 : Mengkategorikan Aktiviti Masyarakat Agraria

i.   Pertanian
ii.  Penternakan
iii. Hasil Laut
iv. Hasil Hutan


Aktiviti 2

Berdasarkan tulisan kanji ( chinese character ) di bawah , pada pendapat anda apakah kaitan antara bentuk tulisan dengan masyarakat  Agraria?


 

No comments:

Post a Comment